Rahmat Ujian episod 1
Kenapa lirik lagu Rahmat Ujian ni yang jadi pembuka tirai blog BintunSolehah?Emmm...ada banyak sebab n kisah suka duka di sebaliknya....jeng..jeng...jeng...the turning point of my life just started from that miracle verse 'Rahmat Ujian'.
It changed my view about life and obstacles.....
Surah:29.Al-'Ankabut ayat 2-3
2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Selalu kita doa mintak macam2 dalam hidup kita termasuklah kerja tetap, jodoh yang baik, rumah besar, kete besar, kesihatan baik n banyak lagi lah....
Surah al-Baqarah ayat 186
186. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
tapi tidak semua yang kita mintak kita akan dapat...kadang2 kita dapat apa yang kita tak nak n vice versa...memang benar kalam Allah.....
Surah al-Baqarah ayat 216
216. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Kadang2 kita dah doa untuk yang ke berjuta-juta lemon tapi still tak termakbul...kenapa?...Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...He will answer our prayer but in His own way......
i)He said YES and gives us what we want
ii)He said WAIT and gives us what we want on His own time
iii)He said NO but gives us something better than what we had asked
emm....k lah to be continued.....tunggu...

3 Comments:
Kenapa doa tak dimakbulkan???
Hmmm...kenalah amal makruf, nahi mungkar...hati kena bersih dan yakin dengan janjiNya, sentiasa bersangka baik pada Allah. Jangan putus asa, sentiasalah berdoa padaNya...
DOA......Inilah kekuatan kita sbg org Islam...berdoalah selalu.
Akhir kata, saya doakan empunya blog ni beroleh jodoh di kalangan org2 yg beriman...
Amiin...semoga sahabatku ini juga dimakbulkan doa olehNya:)
macam dia tau je jibah ni single lagi.. hehheheh... ;)
Post a Comment
<< Home